USM bangunkan populasi burung hantu untuk kawalan tikus
Keratan Akhbar: headtopics.com
Tarikh: 27 Ogos 2023
KOTA BHARU: Kewujudan populasi burung pungguk jelapang atau lebih dikenali burung hantu di kampus Universiti Sains Malaysia (USM) Kelantan, merupakan projek rintis pertama di negeri itu sebagai kaedah kawalan biologi yang berkesan untuk menangani tikus perosak.
Pengerusi Lembaga Gabenor USM, Awang Adek Hussin, berkata kajian dilakukan hampir di seluruh negara menunjukkan, tahap kecekapan yang sangat tinggi dalam penggunaan burung pungguk jelapang, sebagai kaedah kawalan tikus di ladang pertanian dan kawasan sub bandar.
“Selaras dengan hasil kajian ini, usaha kerjasama USAINS dan Barn Owl Research Center@USM di kampus kesihatan ini, akan berfungsi sebagai hub untuk pembangunan populasi burung pungguk. “Program ini bertujuan memberi perkhidmatan kawalan tikus perosak di dalam kampus dan kawasan sawah, yang terletak berdekatan kampus di sepanjang Sungai Kemasin, Bachok,” katanya. headtopics.com
https://headtopics.com/my/usm-bangunkan-populasi-burung-hantu-untuk-kawalan-tikus-42973749
- Created on .
- Hits: 259