Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

USM sedia jalin kerjasama dalam bidang penyelidikan

Keratan Akhbar: hmetro.com.my

Tarikh: 4 Oktober 2023

Kota Bharu: Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kubang Kerian sentiasa memberi ruang kepada syarikat untuk menjalin kerjasama dalam bidang penyelidikan bagi memastikan produk keluaran selamat digunakan masyarakat.

hmetro MOU ZN

Pengarah Kampus Kesihatan USM, Prof Dr Shaharum Shamsuddin berkata, sehingga kini lebih tiga syarikat pengeluar produk antaranya kosmetik, perubatan dan makanan serta gantian tulang menjalinkan kerjasama dengan universiti awam itu.

"USM sentiasa terbuka untuk menjalin kerjasama dan kita menyediakan fasiliti untuk membuat penyelidikan produk, manakala syarikat memberi sokongan dari segi kewangan.

"Dari segi kos, ia juga lebih murah berbanding penyelidikan dengan universiti luar negara. USM juga mempunyai kemudahan rumah haiwan yang lebih baik untuk membuat kajian," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menandatangani Memorandum Perjanjian Geran Kajian antara USM dan ZN Abqary Enterprise yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Shahfieq Senan.

Katanya, USM mempunyai sekumpulan saintis mengikut bidang kepakaran masing-masing.

Disiarkan pada: Oktober 4, 2023 @ 3:36pm
 
 
  • Created on .
  • Hits: 256