Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

USM terbuka jalin kerjasama dalam bidang penyelidikan

Keratan Akhbar:  Malaysiapost.com.my

Tarikh: 4 Oktober 2023malaysiapost MOU ZnAbqary

UNIVERSITI Sains Malaysia (USM) kampus Kubang Kerian di Kelantan, sentiasa membuka peluang kepada syarikat untuk menjalin kerjasama dalam bidang penyelidikan bagi memastikan produk keluaran selamat untuk digunakan masyarakat.

Pengarah Kampus Kesihatan USM, Prof Dr Shaharum Shamsuddin berkata, sehingga kini terdapat lebih tiga syarikat produk yang menjalin kerjasama dengan USM kampus Kubang Kerian.

Katanya, syarikat yang menjalin kerjasama antaranya kosmetik, perubatan dan makanan serta gantian tulang.

“USM sentiasa terbuka untuk menjalin kerjasama dan kita menyediakan fasiliti untuk membuat penyelidikan produk, manakala syarikat memberi sokongan dari segi kewangan.

“Dari segi kos, ia juga lebih murah berbanding penyelidikan dengan universiti luar negara. USM juga mempunyai kemudahan rumah haiwan yang lebih baik untuk membuat kajian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menandatangani Memorandum Perjanjian Geran Kajian antara USM dan ZN Abqary Enterprise yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Shahfieq Senan.

Yang turut hadir, Dekan Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM, Prof Dr Wan Rosli Wan Ishak dan  Ketua Pegawai Pemasaran ZN Abqary Enterprise, Muhamad Azhar Hasan.

Mengulas lanjut, Shaharum, USM mempunyai sekumpulan saintis terdiri daripada Dr Sabreena Safuan dan Dr Zuraidah Abdullah yang mempunyai kepakaran.

Beliau berkata, USM menjalin kerjasama dengan ZN Abqary Enterprise dalam tempoh tiga tahun bermula tahun ini untuk membuat kajian produk kesihatan berasaskan produk Sacha Inchi atau Plukenetia Volubilis sebagai Agen Anti-hiperkolesterol.

Sementara itu, Mohd Shahfieq berkata, produk Sacha Inchi dapat membantu mengurangkan tahap kolesterol jahat dalam badan sekali gus membantu merendahkan risiko penyakit kardiovaskular dalam kalangan rakyat Malaysia. – Malaysiapost

https://malaysiapost.com.my/2023/10/04/usm-terbuka-jalin-kerjasama-dalam-bidang-penyelidikan/

  • Created on .
  • Hits: 238