‘3RD THEME 2024’ BUKA PELUANG KOLABORASI USM-UNHAS DALAM BIDANG PERUBATAN
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 10 Oktober 2024 - Persidangan antarabangsa ‘3rd Technology Enhanced Medical Education’ (THEME) 2024 merupakan medan perbincangan, perkongsian dan pertukaran maklumat terkini teknologi perubatan antara pakar, penyelidik dan pengamal perubatan.
Persidangan yang berlangsung di Claro Hotel Covention Centre, Makassar, Indonesia pada 26 hingga 28 September lalu itu merupakan anjuran Fakultas Kedokteran Universitas Hasanuddin (UNHAS), Indonesia dengan kerjasama Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM).
Seramai 200 peserta menyertai persidangan yang turut membincangkan mengenai penghasilan inovasi terkini yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat secara global khususnya dalam bidang perubatan.
Persidangan itu juga secara tidak langsung dapat mewujudkan koloborasi dua (2) hala antara Malaysia dan Indonesia ke arah peningkatan bidang perubatan ke peringkat yang lebih baik.
Hadir sama dalam persidangan tersebut ialah Rektor UNHAS, Profesor Dr. Ir Jamaludin Jompa; Dekan PPSP USM, Profesor Dr. Abdul Razak Sulaiman; Dekan UNHAS, Profesor Dr. Haerani Rasyid dan Ketua Program Persidangan Antarabangsa 3rd THEME 2024, Dr. Anisa Ahmad.
Sumber Laporan & Foto: Dr. Anisa Ahmad
- Created on .
- Hits: 116