Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

‘CYTOTOXIC DRUG HANDLING AND SAFETY SEMINAR 2025': TINGKAT KEFAHAMAN DAN PENGETAHUAN KESELAMATAN RAWATAN KANSER

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 9 Disember 2025 – Sebagai inisiatif untuk memberi pemahaman menyeluruh tentang ubat sitotoksik termasuk jenis, kegunaan dan cara ia berfungsi dalam rawatan kanser, Unit Klinikal Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) telah menganjurkan ‘Cytotoxic Drug Handling and Safety Seminar 2025’ pada 6 Disember lalu.

1000206103

Seminar ini juga diadakan bertujuan menyediakan para peserta dengan pengetahuan keselamatan dan kemahiran praktikal untuk mengendalikan ubat sitotoksik secara selamat dan berkesan selain memberi pendedahan kepada teknologi terkini dan amalan terbaik dalam pengurusan ubat sitotoksik di hospital dan klinik.

1000206101

1000206107

Seminar yang dianjurkan dengan kerjasama AstraZeneca Sdn Bhd ini turut bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pemantauan dan penjagaan pesakit yang menerima rawatan ubat sitotoksik.

1000206109

1000206105

Selain itu, seminar ini juga sangat penting bagi mereka yang terlibat secara langsung dalam pengurusan terapi kanser yang melibatkan ubat sitotoksik, terutamanya bagi ahli farmasi, jururawat dan pegawai perubatan yang bekerja di hospital atau pusat rawatan kanser.

1000206111

1000206113

Penganjuran seminar ini diharap dapat meningkatkan pengetahuan peserta terhadap tahap keselamatan dan keberkesanan dalam pengurusan ubat sitotoksik serta mengurangkan risiko kepada pesakit dan kakitangan kesihatan.

Sumber Laporan & Foto: Dr. Shahrizal Mustaffa

  • Created on .
  • Hits: 159