Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

‘SAFE CIRCUMCISION’ ZON PANTAI TIMUR 2025: USAHA KURANGKAN RISIKO KOMPLIKASI DAN ISU MEDIKOLEGAL

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 22 Oktober 2025 - Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) buat julung kalinya dijemput untuk berkolaborasi bersama Cawangan Pengurusan Risiko dan Survelan Klinikal, Cawangan Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dalam penganjuran Bengkel ‘Safe Circumcision’ Zon Pantai Timur Bil. 5/2025 pada 14 Oktober lalu di Dewan Utama, Kampus Kesihatan, USM.

1000190785

Bengkel yang melibatkan 81 orang peserta dari negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang ini bertujuan mengukuhkan kemahiran mengenai ‘circumcision’ (Teknik ‘Dorsal Slit’) bagi mengelakkan sebarang komplikasi yang tidak diingini berlaku selain mengurangkan potensi untuk kes-kes medikolegal melalui perkhidmatan berkhatan.

1000190787

Bengkel ini juga dilihat selari dengan polisi HPUSM iaitu memberi perkhidmatan yang selamat, berkesan, berpusatkan pesakit, tepat pada masanya, cekap dan saksama.

1000190789

Seramai empat (4) orang Pakar Bedah, seorang Pakar Anaestesiologi dan 15 orang Penolong Pegawai Perubatan dari HPUSM dan KKM telah dilantik sebagai fasilitator sesi praktikal ‘circumcision’ menggunakan model serta usus lembu yang menyerupai kulit manusia.

1000190791

1000190793

Turut hadir dalam bengkel ini ialah Ketua Unit, Unit Pengurusan Risiko Penyakit, Cawangan Pengurusan Risiko dan Survelan Klinikal KKM, Dr. Zaleha Md Nor dan wakil Jawatankuasa ‘Circumcison’ HPUSM, Profesor Madya Dr. Mohd Shahrulsalam Mohd Shah, Dr. Muhammad Faeid Othman dan Dr. Wan Zainira Wan Zain.

Sumber Laporan & Foto: Dr. Norhayati Mohamad

  • Created on .
  • Hits: 126