Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

‘STEM CAMP 2025’: TARIK MINAT PELAJAR KUASAI ILMU SAINS DALAM DUNIA NYATA

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 3 Julai 2025 – Sebagai usaha untuk menghubungkan aplikasi Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam kehidupan harian melalui aktiviti berasaskan ilmu ikhtiar hidup, Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG), Universiti Sains Malaysia (USM) mengambil inisiatif menganjurkan Program SCITECH4U: ‘STEM Camp’ 2025 di Damaisari, Tawang, Bachok, pada 29 hingga 30 Jun lalu.

1000153482

Seramai 125 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Bachok menyertai program bertemakan ‘STEM sebagai Ikhtiar Hidup Remaja’ yang mendapat penajaan dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

1000153484

Program ini antara lain bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai STEM di samping mengembangkan kemahiran penyelesaian masalah serta membantu peserta berfikir secara kritis dan kreatif dalam situasi mencabar menggunakan asas STEM yang dipelajari.

1000153486

Penyertaan aktif pelajar dalam setiap cabaran yang diberikan jelas menunjukkan keberkesanan pendekatan secara ‘hands-on’ dalam memupuk minat terhadap subjek STEM. Antara yang dipelajari adalah kemahiran menulenkan air, menghidupkan api, membina tempat berlindung, memberi bantuan asas hayat serta navigasi peta. Selain aktiviti siang yang penuh cabaran fizikal, peserta juga berpeluang meneroka langit malam dalam sesi Sembang Astronomi sambil mempelajari ilmu falak dan mencerap bintang.

1000153488

Selain itu, program dua (2) hari ini turut menghimpunkan barisan profesional daripada Persatuan Astronomi dan Falak Kelantan serta pasukan pakar perubatan daripada Jabatan Kecemasan, USM. Program ini juga mendapat kerjasama daripada Pertubuhan Gabungan Bantuan Bencana NGO Malaysia, Kelab Emak Ayah Cakna Anak Pintar Malaysia, National STEM Association, Regles Sdn. Bhd. dan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.

1000153492

Program ini bukan sahaja mencabar minda, tetapi turut membina karakter pelajar, kerjasama dan kesedaran tentang pentingnya STEM dalam kehidupan harian. Semoga penganjuran program seperti ini dapat meningkatkan tahap keyakinan dan motivasi pelajar untuk meneruskan hala tuju dan kerjaya dalam bidang STEM.

1000153494

Sumber Laporan & Foto: Dr. Nur Fatiha Ghazalli

  • Created on .
  • Hits: 213