‘WORK LIFE BALANCE (GROOVY MIX)’ TINGKAT KESEJAHTERAAN WARGA HPUSM
USM,KUBANG KERIAN, KELANTAN, 3 Mei 2026 – Bagi melahirkan warga Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) yang sihat sejahtera dari segi fizikal dan emosi, Unit Pentadbiran dan Kemudahan Am telah menganjurkan program ‘Work Life Balance (Groovy Mix)’ pada 30 April lalu.


Program ini memfokuskan kepada kepentingan keseimbangan kerja dan kehidupan (work life balance) dalam meningkatkan produktiviti dan kesejahteraan staf selain menyokong kepada dasar Kelestarian Kampus Kesihatan USM.


Penganjuran program yang menggabungkan aktiviti kecergasan seperti senaman ringkas dan aerobik ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga HPUSM.


Hadir merasmikan program ini ialah Pengarah HPUSM, Profesor Dato' Dr. Ab Rahman Izaini Ghani @ Ab Ghani. Turut hadir ialah Timbalan Pengarah (Pentadbiran) HPUSM, Haji Mohd Saberi Mohd Yusoff.
Sumber Laporan: Suha Eza Ibrahim /Foto: Muhamad Arif Mohamad Apendi
- Created on .
- Hits: 203