Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

100 ‘BEAR’ SINGER CERIAKAN PESAKIT KANAK-KANAK HOSPITAL USM

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 27 November 2023 – Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini menerima sumbangan 100 unit patung beruang atau ‘bear’ daripada syarikat Singer (Malaysia) Sdn. Bhd. dalam satu majlis ramah mesra bersama pesakit kanak-kanak wad 2 Selatan, 6 Selatan dan 6 Utara.

IMG 20231127 WA0015

IMG 20231127 WA0014

Sumbangan tersebut diagihkan sendiri kepada pesakit oleh Pengarah Hospital USM, Dato’ Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab. Rahman bersama deligasi Singer (Malaysia) Sdn. Bhd.

IMG 20231127 WA0010

IMG 20231127 WA0011

Proses menjahit ‘bear’ ini menggunakan khidmat kemahiran komuniti setempat dalam daerah Kota Bharu dan Pasir Mas manakala peralatan jahitan serta mesin jahit disediakan oleh syarikat Singer Sdn. Bhd.

IMG 20231127 WA0012

IMG 20231127 WA0013

Turut hadir ialah Pengurus Besar (Operasi Lapangan Zon Timur) Singer (Malaysia) Sdn. Bhd, Abdul Malek Mohd Yunus; Pengurus Kanan Wilayah, Mohd Asri Hamat; Pengurus Aset kawasan Kota Bharu, Ruhayati Abd. Ghani; ‘Rowing’ Area Manager, Muhamad Haiqal Aziq Saimi; Pengurus, Cawangan Wakaf Che Yeh, B. Jeyabalan; Pengurus, Cawangan Wakaf Che Yeh Baru, Roszaidi Abd. Rahim; Pengurus, Seksyen Wakaf Che Yeh, Norslizawati Daud dan Penyelia Jururawat, Unit Kejururawatan Hospital USM, Datin Mazidah Saad.

  • Created on .
  • Hits: 278