11 BAYI MERDEKA LAHIR DI HPUSM PADA HARI KEBANGSAAN
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 1 September 2026 – Seramai 11 bayi dilahirkan di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) pada 31 Ogos 2026, mencatatkan detik istimewa buat keluarga masing-masing bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69.

Daripada jumlah tersebut, lapan (8) bayi lelaki dan tiga (3) bayi perempuan dilahirkan dengan sembilan (9) kelahiran secara normal, manakala dua (2) lagi melalui pembedahan.

Bayi pertama dilahirkan pada jam 4.00 pagi dengan berat 2.51 kilogram, manakala bayi terakhir iaitu kelahiran ke-11 dilahirkan pada jam 9.38 malam dengan berat 3.51 kilogram.

Kesemua kelahiran tersebut berlangsung dengan selamat dan menjadi kenangan bermakna buat keluarga yang menyambut kehadiran cahaya mata baharu dalam suasana sambutan Hari Kebangsaan.

Kehadiran ‘Bayi Merdeka’ ini turut menceriakan suasana di HPUSM, sekali gus menjadi simbol kegembiraan dan harapan baharu buat keluarga serta generasi masa hadapan.

Sumber Laporan & Foto: Noor Baizura Mustafar
- Created on .
- Hits: 111