Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

21 PELAJAR TERIMA MANFAAT PROGRAM BANTUAN eKASIH

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 16 Januari 2025 - Seramai 21 orang pelajar tahun pertama Sidang Akademik 2024/2025, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) menerima manfaat secara langsung melalui Program Bantuan Pelajar eKasih sekaligus membantu para pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah khususnya yang berasal dari negeri Kelantan.

IMG 20250116 WA0040

IMG 20250116 WA0041

Dana yang diperuntukkan berjumlah RM800 untuk pelajar diploma dan RM1,000 untuk pelajar ijazah itu berupa Sijil Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) telah diserahkan oleh Pengarah Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaiful Bahari Ismail kepada para penerima dalam satu majlis ringkas, hari ini.

IMG 20250116 WA0042

IMG 20250116 WA0043

Program eKasih merupakan satu sistem pangkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan. ekasih juga merupakan bank data kemiskinan nasional yang mengumpul maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profil individu dan maklumat bantuan yang pernah diterima oleh ketua isi rumah dan ahli isi rumah daripada agensi pemberi bantuan sehingga kepada permohonan bantuan.

IMG 20250116 WA0045

IMG 20250116 WA0046

IMG 20250116 WA0044

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan USM, Profesor Dr. Kamarul Aryffin Baharuddin; Dekan Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM, Profesor Dr. Wan Rosli Wan Ishak dan Timbalan Pendaftar Kanan, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Kampus Kesihatan USM, Hafiz Assad Zakaria.

Teks: Faridatul Aswani Ahmad Zidan / Foto: Wan Mohd Rashidi Wan Mood

  • Created on .
  • Hits: 220