Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

65 PELAJAR SEKOLAH LUAR BANDAR TERIMA MANFAAT PEMERIKSAAN MATA OLEH PASUKAN HOSPITAL USM

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 23 Jun 2023 - Mata dan deria penglihatan adalah anugerah yang tak ternilai harganya. Oleh itu, kesedaran berkaitan kesihatan serta intervensi bagi yang mengalami gejala penyakit berkaitan mata perlu dilaksanakan lebih awal sebelum terlewat. 
 
WhatsApp Image 2023 08 23 at 08.56.41 1
 
Pasukan Jabatan Oftalmologi dan Sains Visual, Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi dana program komuniti Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengambil inisiatif menyantuni komuniti pelajar sekolah rendah dan menengah di daerah Gua Musang semalam bagi memeriksa pelajar yang mengalami masalah berkaitan mata.
 
WhatsApp Image 2023 08 23 at 08.53.09
 
WhatsApp Image 2023 08 23 at 08.53.09 1
 
Seramai 65 pelajar telah disaring terlebih awal oleh guru kesihatan dan dikenal pasti mengalami masalah berkaitan mata telah diperiksa dan dirancang rawatan susulan yang diperlukan. 
 
WhatsApp Image 2023 08 23 at 08.53.09 2
 
Program yang mendapat kerjasama daripada Pejabat Pendidikan Daerah Gua Musang, optometris syarikat swasta dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) ini nyata menunjukkan bahawa isu kesihatan golongan luar bandar sentiasa menjadi keutamaan dan tidak pernah dipinggirkan.
 
Sumber Laporan & Foto : Profesor Dr. Shatriah Ismail
  • Created on .
  • Hits: 184