ACARA BOLING MEMBUKA TIRAI SAMBUTAN HWS USM 2023
TUNJONG, KOTA BHARU, KELANTAN, 25 Ogos 2023 – Acara boling menjadi acara pembukaan Hari Warga Staf (HWS) 2023 yang disertai oleh enam (6) kontinjen iaitu Misai Kucing, Jarum Mas, Kacip Fatimah mewakili Kampus Kesihatan, Halia Bara mewakili Kampus Induk, Serai Wangi mewakili Kampus Kejuruteraan serta Duri Tujuh mewakili Institut Perubatan dan Pergigian Termaju.

Raja boling dimenangi oleh peserta dari kontinjen Halia Bara manakala pemain dari kontinjen Jarum Mas dinobatkan sebagai Ratu boling.


Bagi keputusan terbuka wanita pula kemenangan disandang oleh kontinjen Misai Kucing dan terbuka lelaki pula dimenangi oleh Halia Bara. Kontinjen Serai Wangi pula berjaya membolot kedua-dua acara VIP wanita dan VIP lelaki.


Penganjuran HWS USM 2023 merupakan satu wadah untuk menyatu dan meningkatkan kerjasama antara semua staf USM pelbagai peringkat jawatan.


Turut hadir ialah Naib Canselor USM, Profesor Dato' Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed; Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Profesor Dato' Gs. Dr. Narimah Samat; Timbalan Naib Canselor (Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat dan Kelestarian) yang turut menjalankan fungsi Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni), Profesor Dr. Azlan Amran dan Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin.
- Created on .
- Hits: 303