Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

AHLI PARLIMEN KUBANG KERIAN SUMBANG 10 UNIT KERUSI RODA KEPADA HOSPITAL USM

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 3 Julai 2022 – Ahli Parlimen Kubang Kerian, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini berbesar hati menyampaikan sumbangan 10 unit kerusi roda kepada Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin dan Pengarah Hospital USM, Dato' Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman.

93d8fdfd e201 45a5 924c 64a64911ea0a

Beliau yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air menyerahkan sumbangan berkenaan untuk kegunaan pesakit Hospital USM.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Pengarah (Infrastruktur dan Aset), Dr. Mohamed Ashraf Mohamed Daud dan Timbalan Pendaftar Kanan Hospital USM, Mohd Saberi Mohd Yusoff.

Pusat Media & Perhubungan Awam

Kampus Kesihatan USM

https://linktr.ee/USMKampusKesihatan

  • Created on .
  • Hits: 173