Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

AKIL BALIGH DAN HAID DALAM KALANGAN KANAK-KANAK ANTARA ISU DIKETENGAHKAN PROGRAM KRIS

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 30 November 2022 – Bagi memberikan kesedaran awal kepada pelajar perempuan sekolah rendah berkaitan isu akil baligh, haid dan perubahan fizikal yang akan mereka alami, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi Jabatan Obstetrik dan Ginekologi (O&G) telah menganjurkan Program Kesedaran Akil Baligh dan Haid pada 20 Oktober dan 24 November lalu.

SAVE 20221130 171205
 
 SAVE 20221130 171158
Program yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Geting, Tumpat bagi fasa satu (1) dan di Sekolah Kebangsaan Ketereh bagi fasa dua (2) itu dianjurkan dengan kerjasama ‘Reproductive Health Association of Kelantan’ (ReHAK), Klinik Kesihatan Ketereh dan Klinik Kesihatan Tumpat.
 
SAVE 20221130 171144
 
Ianya dianjurkan menerusi suntikan dana Program Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Prihatin, Komuniti Sejahtera (KRIS) bertujuan memberi kesedaran tentang apa yang akan berlaku sepanjang tempoh kedatangan haid, apakah haid normal atau tidak normal, serta menyediakan platform maklumat dan perkhidmatan untuk pelajar mendapatkan rawatan sekiranya perlu. 
 
SAVE 20221130 171151
 
Selain itu, program yang disertai oleh hampir 900 orang kanak-kanak perempuan berumur sembilan (9) hingga 12 tahun bagi kedua-dua fasa itu juga memberikan maklumat berkaitan cara-cara penggunaan tuala wanita dengan betul dalam usaha membantu mengurangkan tekanan emosi mereka terutama semasa proses kedatangan haid.
 
Sumber Laporan & Foto : Nik Rafiza Nik Muhamad Afendi
  • Created on .
  • Hits: 172