Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

BAKAL DOKTOR GIGI JOHAN PIDATO KEPENGGUNAAN  

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 10 Mei 2023 – Wan Muhammad Fahmi Wan Nazri, pelajar tahun empat (4), Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG), Universiti Sains Malaysia (USM) dinobatkan sebagai johan pertandingan Pidato Kepenggunaan sempena Karnival Generasi Pengguna Pintar 2023 yang berlangsung di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor, pada 7 Mei lalu bertemakan "Pengguna Berdaya, Negara Rahmah Sejahtera".  

WhatsApp Image 2023 08 23 at 12.47.01

Dalam pertandingan anjuran Kelab Gerakan Pengguna Siswa UTM dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) itu, beliau berjaya membawa pulang wang tunai RM1,000 beserta hadiah iringan selepas mengetepikan enam (6) pesaing yang turut mara ke peringkat akhir.
 
WhatsApp Image 2023 08 23 at 12.47.01 1
 
Wan Muhammad Fahmi merupakan wakil tunggal dari USM Kampus Kesihatan dan KPDN Negeri Kelantan berentap di pusingan akhir dengan pidato bertajuk “Kos Sara Hidup Mempengaruhi Keharmonian dan Kesejahteraan Ke Arah Pemangkin Malaysia Madani” menewaskan peserta dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Seremban yang merangkul naib johan dan peserta dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) di tempat ketiga.
 
Sumber Laporan & Foto : Khairul Ithma Mahdi
 
  • Created on .
  • Hits: 169