Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

BANGKITKAN SEMANGAT PATRIOTIK DALAM KALANGAN STAF, HOSPITAL USM LANCAR SAMBUTAN AMBANG MERDEKA

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 12 Ogos 2024 – Bagi membangkitkan semangat patriotik dalam kalangan staf, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) mengambil inisiatif memulakan sambutan bulan kemerdekaan pada tahun ini dengan mengadakan Pelancaran Sambutan Ambang Merdeka 2024 Peringkat Hospital USM, petang semalam.

IMG 20240812 WA0012

IMG 20240812 WA0006

IMG 20240812 WA0007

Program yang bertemakan Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka itu dimeriahkan dengan persembahan koir, deklamasi sajak dan nyanyian lagu patriotik oleh staf Hospital USM.

IMG 20240812 WA0009

IMG 20240812 WA0008

Turut diadakan ialah sesi penyerahan Jalur Gemilang kepada 13 jabatan dan unit di bawah seliaan Hospital USM oleh Pengarah Hospital USM, Dato’ Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab. Rahman.

IMG 20240812 WA0010

IMG 20240812 WA0011

Hadir sama dalam program tersebut ialah, Timbalan Pengarah Infrastruktur dan Aset, Hospital USM, Dr. Mohamed Ashraf Mohamed Daud dan Timbalan Pendaftar Kanan, Hospital USM, Mohd Saberi Mohd Yusoff.

Teks: Muhd Zulkifli Zakaria / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

  • Created on .
  • Hits: 252