USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 28 September 2022 – Bank Rakyat Cawangan Kubang Kerian hari ini berbesar hati menyantuni dan menyampaikan sumbangan hamper kepada ibu-ibu dan bayi yang lahir di Hospital Universiti Sains Malaysia (USM).
Penyampaian 45 hamper di Wad 2 Topaz, Wad Korporat dan Wad Eksekutif Usains itu adalah sempena Hari Ulang Tahun Bank Rakyat ke-68 yang disambut pada 28 September setiap tahun.
Hadir menyampaikan sumbangan ialah Pengurus Cawangan, Rosmidi Ibrahim diiringi oleh Pemangku Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Pusat Pengajian Sains Perubatan USM, Dr Ahmad Akram Omar; Penolong Bendahari Kanan, Jabatan Bendahari Kampus Kesihatan, Wan Mohd Halimsani Wan Pa dan Penyelia Jururawat Hospital USM, Nazlan Awang, Norzihan Ismail serta Rusnita Ab Wahab.