Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

BAS DAN VAN BAHARU TINGKAT KEMUDAHAN MOBILITI WARGA KAMPUS KESIHATAN USM

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 2 Februari 2026 - Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, hari ini menyempurnakan peluncuran dua (2) buah kenderaan baharu Kampus Kesihatan bersempena Majlis Perutusan Naib Canselor 2026 yang berlangsung di Dewan Utama Kampus Kesihatan, USM.

1000223245

1000223247

Peluncuran melibatkan sebuah bas penumpang dan sebuah van yang dijangka memberi manfaat kepada sebahagian besar warga kampus, khususnya mahasiswa, dalam melancarkan pergerakan bagi urusan akademik, kokurikulum serta aktiviti rasmi universiti.

1000223249

1000223253

Kemudahan baharu ini mencerminkan komitmen berterusan pihak pengurusan universiti dalam memperkukuh kebajikan dan keperluan mobiliti warga kampus, di samping memastikan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif dan efisien.

1000223255

1000223251

Wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang hadir turut merakamkan penghargaan serta ucapan terima kasih kepada Naib Canselor dan barisan pengurusan universiti atas inisiatif perolehan kenderaan tersebut yang disifatkan amat membantu keperluan harian mahasiswa.

Teks: Amyrulhan Azhari / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

  • Created on .
  • Hits: 123