USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 17 Oktober 2022 - Hampir 200 orang kakitangan pelbagai jawatan Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) menyertai 'Breast Cancer Awareness Symposium: Be A Victim or A Survivor anjuran Breast Cancer Awareness and Research Unit (BestARi) sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara.
Simposium ini menjadi medium penyampaian maklumat berkaitan penyakit kanser ekoran tahap kesedaran dalam kalangan masyarakat yang masih terlalu rendah.
Antara topik perkongsian yang diketengahkan ialah 'BestARi: What Do We Do?', 'Breast Cancer in Surgeon’s Hand', 'Breast Cancer Risk. What Are Our Actions?', 'Breast Cancer in Pathologist’s Eye', 'Breast Self Examination (BSE): Taken Care of Our Pearls' dan 'Breast Cancer and Sexuality: Experience from patients, Husband and Healthcare Providers'.
Pengarah Hospital USM, Profesor Dato' Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman telah meluangkan masa merasmikan simposium tersebut. Turut hadir ialah Ketua Unit BestARi, Profesor Madya Dr. Juhara Haron, Ketua Jabatan Surgeri, Pusat Pengajian Sains Perubatan USM, Dr. Maya Mazuwin Yahya dan Penyelaras Bahagian Klinikal Unit BestARi, Dr. Wan Zainira Wan Zain.