Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

BELIA ORANG ASLI DILATIH SEBAGAI DUTA KECEMASAN DI POS HAU

GUA MUSANG, KELANTAN. 16 September 2025 – Seramai 15 sukarelawan belia daripada komuniti Orang Asli di Pos Hau telah dilatih sebagai barisan hadapan perubatan kecemasan menerusi kerjasama strategik antara Hospital Universiti Sultan Zainal Abidin (HoSZA) dan Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM).

1000177976

1000177978

1000177981

Program Perkhidmatan Komuniti Bergerak Pasukan Kesejahteraan HoSZA-HPUSM di Kampung Redip ini diadakan bertujuan memperkasa komuniti pedalaman dengan kemahiran asas perubatan, terutamanya dalam situasi kecemasan yang memerlukan tindakan segera sebelum bantuan profesional tiba.

1000177985

1000177988

1000177991

Pos Hau yang terletak kira-kira 32 kilometer dari Kuala Betis memerlukan lebih tiga (3) jam perjalanan untuk ke pusat kesihatan terdekat, menyebabkan penduduk terdedah kepada risiko kelewatan rawatan.

1000177994

1000177997

1000178012

Latihan ini membolehkan belia yang dilatih memberi rawatan awal seperti menghentikan pendarahan atau membantu mangsa tercekik. Ia satu bentuk pemindahan ilmu yang memberi manfaat jangka panjang kepada komuniti setempat.

1000178014

Latihan intensif yang dijalankan selama seminggu itu merupakan sebahagian daripada inisiatif Projek Pasukan Kesejahteraan HoSZA-HPUSM Pos Hau yang merangkumi bantuan pernafasan (CPR), pengurusan luka dan kepatahan, tercekik serta penjagaan kesihatan mulut di mana semua peserta perlu menjalani sesi praktikal secara menyeluruh sebelum dilantik sebagai duta perubatan kecemasan kampung masing-masing.

1000178016

1000178009

Inisiatif ini diharap dapat dijadikan model berterusan bagi memperluas jaringan kesihatan komuniti luar bandar secara bersepadu dan berimpak tinggi.

Teks: Wan Mohd Rashidi Wan Mood / Foto: Sekretariat Projek Pasukan Kesejahteraan HoSZA-HPUSM Pos Hau

  • Created on .
  • Hits: 255