Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

BENGKEL IQC: USM MANTAPKAN KEMAHIRAN DAN PEMATUHAN PIAWAIAN KUALITI MAKMAL

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 2 November 2025 – Sebagai inisiatif memperkukuh kefahaman dan kemahiran staf makmal terhadap pelaksanaan ‘Internal Quality Control’ (IQC) selaras dengan keperluan MS ISO 15189, Jabatan Patologi Kimia, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan Bengkel Pengukuhan IQC Siri 1, pada 29 Oktober lalu.

1000194832

1000194840

Bengkel ini juga antara lain bertujuan memberi pendedahan menyeluruh mengenai konsep asas dan kepentingan IQC selain meningkatkan kemahiran peserta dalam mentafsir IQC menggunakan pendekatan statistik yang betul.

Selain itu, bengkel yang disertai 35 peserta ini juga menekankan kepentingan pemantauan IQC secara sistematik dan berterusan bagi memastikan ketepatan serta kebolehpercayaan keputusan ujian makmal.

1000194834

1000194836

Bengkel ini dikendalikan oleh penceramah yang merupakan pakar Patologi Kimia, yang berkongsi kepakaran dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang Quality Management System (QMS) dan pengurusan kualiti makmal. Melalui pendekatan teori dan praktikal, peserta didedahkan kepada prinsip asas IQC, program kawalan mutu dalaman, penggunaan kaedah statistik serta langkah-langkah pembetulan apabila berlaku keputusan di luar kawalan. Sesi interaktif turut dijalankan bagi membolehkan peserta menganalisis data sebenar dan memahami kepentingan dokumentasi serta tindakan susulan.

1000194830

1000194838

Secara keseluruhannya, bengkel ini telah mencapai objektif dalam meningkatkan kompetensi teknikal, menyokong pematuhan kepada piawaian MS ISO 15189 dan menonjolkan peranan USM sebagai institusi peneraju dalam latihan profesional dan pembangunan kualiti makmal perubatan. Perasmian bengkel ini telah disempurnakan oleh Penyelaras ‘Point of Care Testing’ (POCT), Hospital Pakar USM (HPUSM), Dr. Noorazliyana Shafii.

Sumber Laporan & Foto: Dr. Wan Morlina Wan Azman

  • Created on .
  • Hits: 117