Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

BENGKEL PEMANTAPAN PENGURUSAN VOT 27000 MEDIUM BINCANG DAN KENAL PASTI MASALAH BERKAITAN PENGURUSAN PEROLEHAN DI MAKMAL

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 3 Disember 2023 - Bagi membincangkan dan mengenal pasti masalah atau isu berkait pengurusan vot 27000 di makmal dan membincangkan langkah-langkah penambahbaikan, Bengkel Pemantapan Pengurusan Vot 27000 (makmal) Hospital USM telah dilaksanakan buat julung-julung kalinya pada 30 November lalu.

IMG 20231203 WA0025

Bengkel ini turut memberi peluang kepada semua penyelaras pembelian (makmal) memahami dengan lebih jelas proses perolehan vot 27000 selain berpeluang menyampaikan isu-isu berkaitan pengurusan makmal kepada pihak pengurusan disamping mengenal pasti peluang penambahbaikan bagi meningkatkan kecekapan, dalam pengurusan vot 27000.

IMG 20231203 WA0023

IMG 20231203 WA0024

Bengkel yang disertai seramai 35 peserta itu turut dihadiri Pengarah Hospital USM, Dato’ Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman.

Sumber Laporan & Foto : Dr. Juhaida Daud

  • Created on .
  • Hits: 296