BENGKEL PHLEBOTOMY SIRI 2, FOKUS PADA SOP DAN KESELAMATAN PESAKIT
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 19 Oktober 2025 – Sebagai usaha meningkatkan kemahiran teknikal ‘phlebotomy’ agar mengikut piawaian prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, Jawatankuasa Phlebotomy Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) telah menganjurkan Bengkel Phlebotomy dan Pengurusan Sampel Siri 2 pada 8 Oktober lalu.


Bengkel yang dianjurkan dengan kerjasama Pusat Integrasi Simulasi Klinikal (ICSC) ini juga bertujuan melahirkan ‘phlebotomist’ yang kompeten, selamat dan beretika selain mengurangkan risiko ralat pre-analisis, penolakan sampel dan kecederaan tersusuk jarum.


Melalui pelaksanaan bengkel ini, proses pengambilan dan pengendalian sampel dapat dilakukan secara lebih teratur, selamat dan mengikut piawaian, sekali gus meningkatkan keselamatan pesakit dengan mengurangkan risiko kesilapan identifikasi, pencemaran atau pengendalian sampel yang tidak betul.

Pelaksanaan bengkel ini juga berpotensi memberi impak positif yang besar terhadap keseluruhan sistem perkhidmatan kesihatan serta mematuhi piawaian keselamatan dan kawalan jangkitan.

Dari sudut kualiti keputusan makmal, pelaksanaan bengkel ini menyumbang kepada peningkatan ketepatan dan kebolehpercayaan hasil ujian, kerana setiap sampel diurus mengikut protokol standard serta dipantau oleh tenaga kerja yang terlatih dalam prosedur ‘phlebotomy’ dan pengurusan rantaian sampel.
Sumber Laporan & Foto: Sollehuddin Ghani Mat Lazim
- Created on .
- Hits: 109