Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

BENGKEL POCT: HPUSM TINGKAT KETEPATAN UJIAN ABG

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 16 Oktober 2025 – Bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan ‘point of care testing’ (POCT) dalam analisa ‘arterial blood gas’ (ABG), Perkhidmatan POCT Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) mengambil inisiatif menganjurkan Bengkel Pengukuhan dan Kompetensi POCT – ‘Blood Gas Analyser’ HPUSM 2025 pada 13 Oktober lalu.

1000188751

Bengkel ini diadakan bertujuan memberi latihan kepenggunaan mesin ABG dan kepentingan kawalan kualiti bagi ujian ABG bagi menghasilkan keputusan yang tepat dan cepat untuk perawatan pesakit.

1000188753

Bengkel yang dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Patologi Kimia dan Radiometer Malaysia ini dihadiri kira-kira 70 orang peserta yang terdiri daripada pegawai perubatan, jururawat dan juruteknologi makmal perubatan.

1000188755

Penganjuran bengkel ini diharap dapat memenuhi keperluan penggunaan POCT di samping memastikan perkhidmatan yang berkualiti diberikan kepada pesakit HPUSM.

1000188757

1000188749

Hadir merasmikan bengkel ini ialah Penyelaras Pengurusan Makmal HPUSM, Profesor Madya Dr. Wan Faiziah Wan Abd Rahman.

Sumber Laporan & Foto: Dr. Noorazliyana Shafii

  • Created on .
  • Hits: 112