Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

BERJAYA BINA PASUKAN YANG KUKUH, UHCSB TERUS CATAT KEUNTUNGAN TINGGI

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 1 Februari 2024 – Usains Healthcare Sdn. Bhd. (UHCSB) atau sebelum ini dikenali sebagai Usains Tech Services Sdn. Bhd. yang merupakan salah satu anak syarikat USAINS Holding semalam telah mengadakan sesi pendengaran awam (town hall) untuk berkongsi perkembangan terkini UHCSB.

IMG 20240201 WA0004

Program yang berlangsung di Dewan Kuliah 4, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM) itu bertujuan memperkenalkan perkhidmatan-perkhidmatan di bawah UHCSB bersama konsultan, struktur UHCSB, kadar caj, aktiviti pemasaran, laman sesawang dan pembangunan baharu.

IMG 20240201 WA0003

Terkini , seramai 3100 orang pakar, perunding dan konsultan yang berkhidmat di bawah USAINS Holding.

UHCSB terus komited dalam mengatur masa depan pusat rawatannya dengan membina pasukan yang mantap dan berjaya mencatatkan pendapatan yang tinggi dua (2) tahun berturut turut.

IMG 20240201 WA0002

Ini secara tidak langsung memberi impak yang sangat positif kepada Hospital USM dan universiti yang turut mendapat manfaat seperti penambaikan fasiliti dan peralatan.


UHCSB kini dalam proses menambah baik Poliklinik Eksekutif, bilik rawatan dan membina pusat sehenti (one stop centre) bagi pengumpulan sampel-sampel makmal untuk kemudahan pesakit UHCSB dan Hospital USM.

IMG 20240201 WA0006

Selain itu, UHCSB juga turut berkongsi keuntungan dengan mengeluarkan zakat berjumlah RM30,000 kepada 100 pelajar USM terdiri daripada golongan kurang berkemampuan.

Sumbangan kepada tiga (3) orang pelajar turut disampaikan dalam program hari ini manakala 97 orang pelajar lagi akan menerima sumbangan pada bulan Ramadan akan datang.

IMG 20240201 WA0005

Hadir menyampaikan penerangan dalam sesi 'town hall' ini ialah Pengarah Eksekutif dan Ketua Kumpulan Perubatan UHCSB , Profesor Dato’ Dr. Ahmad Sukari Halim dan Pengarah Urusan Kumpulan Usains, Farid Wajidi Mat Yusoff.
Turut hadir ialah Pengarah Hospital USM, Dato’ Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman dan Timbalan Pengarah (Insfrastruktur dan Aset), Dr. Mohamed Ashraf Mohamed Daud.

Teks : Wan Nor Azlin Wan Azlan/ Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

  • Created on .
  • Hits: 360