Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

BIMB SUMBANG 500 PEK RAMADAN KEPADA PETUGAS DAN PESAKIT HOSPITAL USM

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 6 April 2023 - Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini berbesar hati menerima sumbangan berupa 500 pek Ramadan daripada Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) untuk diagihkan kepada para petugas barisan hadapan dan pesakit Hospital USM.
 
IMG 20230406 WA0021
 
IMG 20230406 WA0022 
Sumbangan tersebut disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BIMB, Mohd Muazzam Mohamed kepada Timbalan Pengarah (Operasi), Hospital USM, Profesor Dr. Mohd Imran Yusof.
 
IMG 20230406 WA0023
 
Sumbangan berkenaan diharap dapat memberi kekuatan kepada para petugas barisan hadapan untuk melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin serta membantu memberi kesembuhan pesakit Hospital USM.
  • Created on .
  • Hits: 119