Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

CAFE LESTARI 24 JAM: INISIATIF HPUSM TINGKATKAN KESELESAAN PESAKIT DAN PELAWAT

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 22 April 2026 – Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) terus memperkukuh kemudahan perkhidmatannya dengan pembukaan rasmi Cafe Lestari, sebuah fasiliti baharu yang terletak secara strategik bersebelahan Jabatan Kecemasan dan kini dibuka kepada orang ramai.

Cafe Lestari merupakan inisiatif di bawah Unit Pembangunan Korporat dan Kelestarian HPUSM yang mencerminkan komitmen berterusan hospital dalam menyediakan perkhidmatan yang lebih inklusif, mesra pelanggan serta berteraskan kesejahteraan komuniti.

IMG 20260422 WA0023

Pembukaan kafe ini juga dilihat sebagai langkah strategik dalam menambah baik pengalaman pesakit dan pelawat sepanjang berada di hospital.Kafe ini dimiliki dan diuruskan oleh Koperasi Warga USM Kelantan Berhad (COOPUSMA), sekali gus memperkukuh peranan koperasi dalam menyokong pembangunan ekonomi komuniti kampus serta inisiatif kelestarian universiti.

Beroperasi 24 jam sehari, Cafe Lestari menawarkan pelbagai pilihan makanan dan minuman pada harga berpatutan, sekali gus memenuhi keperluan pelawat, pesakit serta warga hospital tanpa mengira waktu.

Lokasinya yang berhampiran Jabatan Kecemasan turut memudahkan akses kepada pengguna, khususnya dalam situasi kecemasan dan di luar waktu operasi biasa.Inisiatif ini selaras dengan aspirasi. 

IMG 20260422 WA0022

HPUSM dalam memperkukuh elemen kebajikan dan kesejahteraan pelanggan, di samping menyokong agenda kelestarian melalui penyediaan kemudahan yang relevan serta berimpak tinggi.Majlis pelancaran kafe tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah HPUSM, Profesor Dato’ Dr. Ab Rahman Izaini Ghani @ Ab Ghani.

IMG 20260422 WA0021

Turut hadir ialah Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Kelantan, Dr. Akram Hassan; Pengerusi Koperasi Warga USM Kelantan Berhad (COOPUSMA), Dato’ Dr. Haji Mohamed Saat Haji Ismail; Timbalan Pengarah (Operasi) HPUSM, Profesor Dr. Mohd Imran Yusof; Timbalan Pengarah (Korporat dan Kelestarian), Profesor Dr. Shatriah Ismail serta Timbalan Pengarah Kanan, Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti Kampus Kesihatan USM, Ir. Engku Nazli Engku Mohd Ariffin.

Sumber: Nurul Najwa Mohd Rasid/ Foto: Muhamad Syakirin Hakim Khairul Nizam

  • Created on .
  • Hits: 227