Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

CAKNA KESIHATAN DIRI BIARPUN DI SEBALIK TIRAI BESI - HELWA USM

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 20 Jun 2023 – Bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan dan kesejahteraan payudara di samping memberi penerangan berkenaan pemeriksaan kendiri payudara, Unit Hal Ehwal Wanita (HELWA), Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Pusat Islam, Kampus Kesihatan dan ‘Breast Cancer and Research Unit’ (BestARi), Hospital USM menyantuni penghuni dan staf wanita dalam lawatan mesra ke Penjara Pengkalan Chepa pada 15 Jun lalu.

WhatsApp Image 2023 08 23 at 08.50.23

Program yang mendapat kerjasama Jabatan Penjara Malaysia Negeri Kelantan ini antara lain bertujuan mengambil berat tentang keadaan penghuni wanita di dalam penjara selain memberi semangat dan harapan bahawa masih ada organisasi atau masyarakat yang cakna tentang keadaan mereka.

Program yang dihadiri hampir 100 orang peserta ini turut diisi dengan penyerahan sumbangan telekung solat dan stoking tangan kepada para penghuni.

Turut hadir ialah Pengerusi HELWA Kampus Kesihatan USM, Profesor Madya Dr. Zaharah Sulaiman, Pensyarah Universiti, Pusat Pengajian Sains Pergigian USM, Profesor Madya TS Dr. Dasmawati Mohamad, wakil-wakil daripada Pusat Islam, Kampus Kesihatan dan BestARi Hospital USM.

Sumber Laporan & Foto: Khairul Bariah Johan

  • Created on .
  • Hits: 157