Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

CAKNA PENDIDIKAN: HPUSM SEDIA BANTU USAHA PERLUAS PERANAN SDH KE HPRZ II

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 23 Julai 2025 – Universiti Sains Malaysia (USM) terus memperkukuh peranannya sebagai institusi peneraju dalam pendidikan kesihatan apabila menerima lawatan kerja daripada delegasi Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) ke Sekolah Dalam Hospital (SDH), Hospital Pakar USM (HPUSM), hari ini.

1000159515

Lawatan ini bertujuan mengerat jalinan kerjasama dalam aspek pendidikan pesakit pediatrik khususnya dalam penyediaan persekitaran bagi memenuhi keperluan pembelajaran murid yang menerima rawatan jangka panjang.

1000159517

Delegasi HRPZ II yang diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Perubatan, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Dr. Norzilawati Mohd Ghazali disambut oleh Timbalan Pengarah (Operasi) HPUSM, Profesor Dr. Mohd Imran Yusof dan Penyelia SDH HPUSM, Teo Seng Hue.

1000159511

Teo Seng Hue turut membentangkan mengenai pengoperasian SDH yang menggariskan struktur pelaksanaan, cabaran dan kejayaan program pendidikan khas yang dilaksanakan oleh HPUSM.

1000159503

Dialog terbuka turut diadakan melibatkan perbincangan peluang kerjasama strategik, cadangan penambahbaikan serta perancangan peluasan program SDH ke HRPZ II.

1000159507

Inisiatif ini mencerminkan usaha berterusan HPUSM dalam memastikan pendidikan berkualiti dapat diakses oleh semua lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak yang menjalani rawatan di hospital.

1000159509

Delegasi HRPZ II juga dibawa meninjau operasi SDH di Wad Pediatrik 6 Utara dan 6 Selatan, di mana mereka berpeluang berinteraksi secara langsung dengan guru dan murid yang mengikuti sesi pembelajaran di hospital.

1000159505

Lawatan yang berakhir sekitar jam 12 tengah hari itu mengukuhkan komitmen HPUSM untuk terus menjadi peneraju dalam inisiatif pendidikan hospital dan memperluas impaknya ke hospital lain di seluruh negara.

1000159513

Turut hadir Timbalan Pengarah (Perubatan) HRPZ II, Dr. Aminah Rusmin Mohamad Ghazali dan Ketua Perkhidmatan Pentadbiran dan Latihan Unit Klinikal HPUSM, Dr. Tengku Mastura Tengku Mohd.

Teks: Rosalwani Che Soh / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

  • Created on .
  • Hits: 76