Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

CAKNA WARGA TUA: JPK BERI PENDEDAHAN TANGANI RISIKO JATUH DI USIA EMAS

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 29 Julai 2024 - Dalam usaha memberi kesedaran kepada warga emas tentang kepentingan penjagaan kesihatan dan menangani risiko jatuh dalam kalangan mereka, Jabatan Perubatan Keluarga (JPK), Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan Program Geriatrik 2024 di Pondok Darul Ilmi, Kampung Bukit Gading, Tanah Merah pada 20 Julai lalu.

IMG 20240729 WA0017

Geriatrik merupakan cabang perubatan yang tertumpu pada aspek-aspek klinikal, pencegahan, pemulihan dan sosial bagi penyakit dalam kalangan orang berumur.

IMG 20240729 WA0021

Program dengan kerjasama Persatuan Perubatan Keluarga USM (FAMOUS), Pejabat Kesihatan Daerah Tanah Merah, Jabatan Pergigian Tanah Merah, Jabatan Fisioterapi Tanah Merah, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) itu disertai seramai 65 warga emas yang merupakan komuniti setempat.IMG 20240729 WA0020

Program itu diadakan bertujuan mengenal pasti isu kesihatan yang berkaitan dengan warga emas di samping mengaplikasi pengetahuan tentang kesihatan dan keselamatan geriatrik dalam komuniti.

IMG 20240729 WA0018

Antara pengisian program tersebut ialah pendedahan cara-cara menangani risiko jatuh dan pencegahannya, saringan kesihatan oleh pasukan perubatan keluarga USM dan PKD Tanah Merah, saringan 'sarcopenia' iaitu kelemahan otot pada warga emas dan pemeriksaan gigi.

IMG 20240729 WA0019

Turut hadir dalam program tersebut ialah Ketua Jabatan, Jabatan Perubatan Keluarga, PPSP USM, Profesor Madya Dr. Imran Ahmad; Pengurus Pondok Darul Ilmi, Dato’ Mohammad Awang dan Mudir Pondok Darul Ilmi, Ustaz Shairazi Mohammad.

Sumber laporan & Foto: Dr. Nur Afiqah Ahmad

  • Created on .
  • Hits: 294