Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

CITY, UNIVERSITY OF LONDON KONGSI KEPAKARAN BIDANG KEJURUTERAAN BIOMEDIKAL

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 30 Mei 2023 – Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), hari ini menerima kunjungan wakil dari City, University of London, Dr. Meha Qassem bagi berkongsi kepakaran dan pandangan dalam  penyelidikan khususnya bidang Kejuruteraan Biomedikal.

WhatsApp Image 2023 08 23 at 14.32.15
 
WhatsApp Image 2023 08 23 at 14.32.17 2
 
Dr. Meha yang juga Pengarah Kejuruteraan Biomedikal dan Kesihatan Program Prasiswazah turut berkongsi mengenai beberapa penyelidikannya yang menggunakan kemahiran alatan dalam bidang kejuruteraan biomedikal kepada wakil-wakil Pusat Tanggungjawab (PTJ) di Kampus Kesihatan yang hadir.
 
WhatsApp Image 2023 08 23 at 14.32.17
 
Ketibaan Dr. Meha disambut oleh Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin yang turut memberi ucapan aluan dan pengenalan USM.
 
WhatsApp Image 2023 08 23 at 14.32.16
 
WhatsApp Image 2023 08 23 at 14.32.16 1
 
Potensi kerjasama yang boleh dijalankan antara kedua-dua universiti ialah di dalam bidang sensor optikal untuk aplikasi perubatan dan kesihatan menerusi Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG), Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) dan Institut Penyelidikan Perubatan Molekul (INFORMM).
 
WhatsApp Image 2023 08 23 at 14.32.18
 
WhatsApp Image 2023 08 23 at 14.32.17 1
 
WhatsApp Image 2023 08 23 at 14.32.18 1
 
Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Pengarah, INFORMM, Profesor Madya Dr. Aziah Ismail; Timbalan Dekan (Akademik, Kerjaya dan Antarabangsa), PPSP, Profesor Dr. Kamarul Aryffin Baharuddin; Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi), PPSP, Profesor Madya Dr. Asrenee Ab. Razak dan Timbalan Dekan (USM-KLE), PPSP, Profesor Madya Dr. Nik Ahmad Zuky Nik Lah.
  • Created on .
  • Hits: 153