Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

DAKWAH DAN IBADAH RAMUAN MUSLIM SEJATI

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 10 Februari 2024 - Bagi meneruskan kesinambungan kempen Bulan Solat dan Cakna Al-Quran serta penghayatan bulan Rejab, Pusat Islam Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan program Bicara Mufti di Masjid Mukim Kampus Kesihatan, semalam.

IMG 20240210 WA0008

IMG 20240210 WA0010

Sebagaimana nama program, slot ini disampaikan oleh Mufti Negeri Kelantan, Sahibus Samahah Dato' Haji Mohamad Shukri Mohamad bertujuan menerapkan kesedaran tentang peri pentingnya dakwah dan ibadah dalam kehidupan zahir seorang muslim.

IMG 20240210 WA0009

IMG 20240210 WA0012

Program yang mensasarkan ahli kariah masjid dan pelajar Kampus Kesihatan ini juga turut diselitkan dengan sesi penyampaian hadiah kepada pemenang 'Steps To Masjid Mukim Kampus Kesihatan (MMKK) Challenge' yang telah dilancarkan pada Minggu Siswa Lestari yang lalu.

IMG 20240210 WA0007

IMG 20240210 WA0006

Pertandingan yang berlangsung bermula bulan Oktober 2023 sehingga bulan Januari lalu bertujuan untuk memberikan motivasi dan menarik minat khususnya pelajar tahun satu (1) untuk berlumba-lumba hadir solat berjemaah disamping mengimarahkan masjid. Semakin kerap mereka ke masjid, semakin tinggi peluang untuk memenangi pertandingan yang dikira melalui kiraan langkah terbanyak.

IMG 20240210 WA0011

Hadir menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Pensyarah Perubatan, Dr. Seoparjoo Azmel Mohd Isa yang mewakili Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP).

Teks & Foto: Mohamad Iqbal Bashah Ahmad Basha Ruddin

  • Created on .
  • Hits: 260