Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

DARI INSPIRASI JADI LEGASI, WARGA KAMPUS KESIHATAN RAI MANTAN PENDAFTAR

KOTA BHARU, KELANTAN, 15 Januari 2024 - Bagaikan satu 'reunion' pertemuan semula, keraian sempena persaraan Dato' Dr. Musa Ali, Mantan Pendaftar Universiti Sains Malaysia (USM) semalam meriah dengan kehadiran tetamu daripada pelbagai latar belakang.

Selain pengurusan serta warga Kampus Kesihatan, turut hadir meraikan beliau ialah mantan-mantan staf USM khususnya yang bertugas semasa era Dato' Dr. Musa memulakan karier sebagai Pentadbir USM di Kampus Kesihatan.

fb7ee6ef d77d 429c b15b 8ef3d6f3b36c

caa9af9c ccff 4f6e a4a9 94ef2f5c90c1

d2e91af0 0b82 482d 887c 7f7eb5faf9f4

a873a5ec 0a74 4c35 a99c 7cec3868e72b

Setelah lebih 30 tahun menabur bakti, Dato' Dr. Musa melabuhkan tirai perkhidmatan dengan jawatan pentadbiran tertinggi selaku Pendaftar USM ke-9 berkuat kuasa 31 Disember lalu.

Persaraan Dato' Dr. Musa meninggalkan pelbagai inspirasi khususnya kepada pentadbir kerana selain ampuh dalam bidang pentadbiran, Dato' Dr. Musa juga meninggalkan legasi yang sukar diganti terutamanya kepimpinan beliau dalam meneraju perubahan serta reformasi pengurusan sumber manusia dan pembangunan organisasi.

268b8d79 cba1 4dfa bba1 7bca7b117cc0

c484da01 e6df 4354 998c d1d6fbbbcfe7

d62e1dbf 1527 472d a4e5 861f3cddb2b8

2d495b58 2a11 4d90 8dc4 d710d17b4aba

Turut hadir ialah Yang Menjalankan Fungsi Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaiful Bahari Ismail; Pengarah Hospital USM, Dato' Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman; Yang Dipertua Badan Kebajikan Pegawai Tadbir (BAKEPT) Kampus Kesihatan yang juga Timbalan Pendaftar Kanan, Hospital USM, Haji Mohd Saberi Mohd Yusoff; Timbalan Pendaftar Kanan, Jabatan Pendaftar, Noor Hayati Mohammad dan Timbalan Pendaftar Kanan, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Kampus Kesihatan, Hafiz Assad Zakaria

Teks : R. Alia Fazni R. Azmi/ Foto : Abdul Hasib Abdul Rahman

  • Created on .
  • Hits: 293