Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

DARI KAMPUS KE KOMUNITI: PELAJAR USM SELAMI REALITI KEHIDUPAN MASYARAKAT

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 10 Mei 2026 - Program Kajian Komuniti dan Kes Keluarga (KKKK) Pelajar Perubatan Tahun 3 Sesi Akademik 2025/2026 anjuran Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM) telah dilaksanakan di Daerah Besut, Terengganu dengan penglibatan seramai 141 orang pelajar perubatan pada 6 Mei lalu.IMG 20260510 WA0029

Program ini bertujuan memberi pendedahan mengenai aspek kesihatan komuniti, latar belakang sosioekonomi masyarakat serta meningkatkan kemahiran insaniah dan komunikasi dalam kalangan pelajar melalui pembelajaran berasaskan komuniti.IMG 20260510 WA0031

Pelaksanaan program ini melibatkan empat (4) siri residensi yang merangkumi kajian kesihatan komuniti, pelaksanaan projek intervensi kesihatan, penilaian keberkesanan intervensi serta aktiviti kemasyarakatan bersama penduduk setempat.IMG 20260510 WA0032

Para pelajar telah ditempatkan di beberapa kampung angkat dan tinggal bersama keluarga angkat bagi membolehkan mereka memahami dengan lebih dekat realiti kehidupan masyarakat serta keperluan kesihatan komunitiIMG 20260510 WA0033

Program ini turut mendapat kerjasama dan sokongan daripada pelbagai pihak termasuk Pejabat Daerah dan Tanah Besut, Majlis Daerah Besut, Pejabat Kesihatan Daerah, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), penghulu, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) serta komuniti setempat.Secara keseluruhannya, program ini telah memberi impak positif kepada pelajar dan komuniti.IMG 20260510 WA0030

Pelajar memperoleh pengalaman pembelajaran secara langsung dalam komuniti, manakala masyarakat mendapat manfaat melalui pelaksanaan aktiviti dan intervensi kesihatan yang dijalankan. Selain itu, program ini turut mengukuhkan hubungan kerjasama strategik antara USM, agensi kerajaan dan komuniti setempat dalam usaha memperkasakan pembangunan kesihatan masyarakat secara berterusan.

IMG 20260510 WA0034

Sumber Laporan: Sekretariat Program KKKK /Foto: Unit Fotografi UKAST

  • Created on .
  • Hits: 198