Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

DARI USM KE PULAU, DEKATI KOMUNITI MELALUI PEMBELAJARAN INTERAKTIF

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 20 Mei 2025 – Sebagai usaha memberi pendedahan awal konsep Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) kepada pelajar di kawasan pulau terpencil, mahasiswa Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) mengambil inisiatif menganjurkan program khidmat komuniti bertemakan “Learning STEM: From USM to Island” pada 10 hingga 11 Mei lalu.

1000138441

1000138429

Program yang diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Perhentian, Pulau Perhentian Kecil, Besut, Terengganu itu antara lain bertujuan memberi pendedahan kepada murid-murid yang mempunyai akses terhad kepada teknologi serta bahan pembelajaran interaktif.

1000138431

Selain itu, program yang disertai 21 mahasiswa di bawah Kursus Khidmat Komuniti (WKM102) ini juga bertujuan membantu pelajar yang berkeupayaan rendah menguasai asas akademik melalui kaedah pengajaran yang kreatif, menyeronokkan dan bersesuaian dengan tahap mereka.

1000138433

Program ini turut menekankan aspek pembelajaran luar bilik darjah yang lebih menarik bagi memupuk minat dan motivasi pelajar terhadap pembelajaran. Pendekatan holistik yang diterapkan turut menyentuh elemen kesihatan diri dan kelestarian alam sekitar selain memberi pendedahan tentang kepentingan penjagaan kesihatan dan pemakanan sihat.

1000138437

Mereka turut diajar untuk menghargai alam sekitar melalui aktiviti berasaskan pembelajaran kendiri dan pengalaman secara langsung.

1000138439

Program sebegini diharap dapat diteruskan lagi pada masa akan datang kerana ia membantu menyumbang kepada pembangunan komuniti berpengetahuan dalam aspek kesihatan dan alam sekitar selain memberi peluang kepada mahasiswa USM untuk mengaplikasikan pembelajaran berasaskan perkhidmatan dalam konteks sebenar komuniti.

Sumber Laporan & Foto: Al’ya Zulfikar

  • Created on .
  • Hits: 108