Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

DERMA DARAH DAN KESIHATAN KOMUNITI FOKUS UTAMA PROGRAM MADANI DI TANAH MERAH

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 12 Mei 2026 – Sebagai usaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pendermaan darah dan penjagaan kesihatan, Unit Perubatan Transfusi (UPT), Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah dan Masjid Saidina Osman Mukim Tepi Sungai Tanah Merah telah menganjurkan Program Derma Darah dan Kesihatan Komuniti MADANI pada 9 Mei lalu.

IMG 20260512 WA0020

IMG 20260512 WA0023

 

Program ini antara lain bertujuan menarik minat lebih ramai golongan penderma darah sekali gus menyumbang kepada peningkatan bilangan penderma darah sukarela dan tetap selain mengeratkan hubungan kerjasama strategik antara pihak hospital, agensi kerajaan dan komuniti setempat.

IMG 20260512 WA0021

IMG 20260512 WA0024

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program berlangsung termasuk ceramah kesihatan, pertandingan mewarna, sukan rakyat, pemeriksaan kesihatan serta pameran dari pelbagai unit kesihatan dan agensi terlibat.

IMG 20260512 WA0022

IMG 20260512 WA0025

IMG 20260512 WA0026

Program ini mendapat sambutan menggalakkan daripada komuniti setempat apabila pelbagai lapisan umur hadir bagi menyertai aktiviti yang disediakan selain mengambil peluang menjalani pemeriksaan kesihatan secara percuma. Penganjuran program ini juga selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan kesejahteraan rakyat, nilai ihsan dan semangat kebersamaan dalam membina komuniti yang sihat serta prihatin.

Sumber Laporan & Foto: Nik Mohamed Adzfar Mohamed Resli

  • Created on .
  • Hits: 259