Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

DUTA KESIHATAN ORANG ASLI: INISIATIF PEMERKASAAN KOMUNITI LUAR BANDAR

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 28 September 2025 – Jabatan Farmasi, Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) dengan kerjasama Unit Farmasi, Pusat Perubatan USM Bertam (PPUSMB), UniKL Royal College of Medicine Perak (RCMP) dan Malaysian Pharmacist Society (MPS) Cawangan Kelantan telah menganjurkan program ‘Duta Kesihatan Orang Asli’: Pemerkasaan Wakil Komuniti dengan Latihan Teori dan Praktikal dalam Menggunakan Glukometer, Alat Tekanan Darah, Termometer dan Peti Kecemasan serta Menjalankan Saringan Kutu dan Pemberian Ubat Cacing di Pos Kuala Mu, Sungai Siput, Perak pada 20 September lalu.

1000182482

1000182484

Program ini memberi tumpuan kepada pemerkasaan wakil komuniti Orang Asli melalui latihan teori dan praktikal dalam penggunaan glukometer, alat pengukur tekanan darah, termometer serta peti kecemasan, di samping pelaksanaan saringan kutu dan pemberian ubat cacing.

1000182486

1000182488

Inisiatif ini dilaksanakan bagi meningkatkan akses pendidikan kesihatan dalam kalangan masyarakat Orang Asli, memperkukuh pengetahuan asas mengenai penyakit tidak berjangkit seperti hipertensi dan diabetes serta menggalakkan amalan kebersihan diri untuk mengurangkan risiko penyakit berjangkit.

1000182490

1000182492

Seramai lapan (8) orang duta kesihatan Orang Asli dilatih secara teori dan praktikal bagi membolehkan pemantauan awal tahap kesihatan komuniti dilakukan secara berterusan.

1000182494

Selain itu, jaringan komunikasi bersepadu turut diwujudkan melalui media sosial kumpulan 'whatsApp' khas yang menghubungkan duta kesihatan dengan pegawai farmasi bagi memastikan sokongan dan bimbingan dapat diberikan secara terus.

1000182496

Program ini diharap memberi impak jangka panjang dengan menjadikan komuniti Orang Asli lebih berdikari dalam aspek penjagaan kesihatan asas, selain mengukuhkan jaringan sokongan bersama sistem kesihatan formal.

Sumber Laporan & Foto: Arif Ismail

 

  • Created on .
  • Hits: 383