Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

'EARTH HOUR NEON RUN' 2024 – USAHA PROMOSI KEPENTINGAN PENJIMATAN TENAGA

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 9 Jun 2024 – Sebagai tanda sokongan kepada kempen ‘Global Earth Hour’ dalam mempromosikan kesedaran mengenai perubahan iklim dan kepentingan penjimatan tenaga, Sekretariat Mentor Rakan Siswa (MRS), Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) menganjurkan larian ‘Earth Hour Neon Run 2024’, malam tadi.

IMG 20240609 WA0007

IMG 20240609 WA0010

Program dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) ini meriah dengan penyertaan seramai 180 orang peserta terdiri daripada pelajar dan staf Kampus Kesihatan USM serta orang awam.

IMG 20240609 WA0012

IMG 20240609 WA0013

IMG 20240609 WA0014

Larian yang dimulakan di hadapan Dewan Utama ini mendapat sambutan menggalakkan apabila semua peserta memakai pelbagai aksesori ‘glow in the dark’ bagi membangkitkan keunikan suasana larian sejauh lima (5) kilometer ini.

IMG 20240609 WA0008

IMG 20240609 WA0011

IMG 20240609 WA0009

Hadir menyempurnakan pelepasan larian dan menyampaikan hadiah kepada pemenang ialah Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaiful Bahari Ismail. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Psikologi (BHEPA) merangkap penasihat MRS, Mohd Norzulhairie Othman; Ketua Pegawai Belia dan Sukan (BHEPA), Mohd Hafezi Mat Zain; Penasihat Persatuan Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan (EOSH), Mohd Nasrom Mohd Nawi dan Pengarah Program 'Earth Hour Neon Run' 2024, Ain Sakinah Haniff.

Teks: Wan Nor Azlin Wan Azlan / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

  • Created on .
  • Hits: 280