EKSPLORASI TASIK BANDING AMeLS DEKATI MASYARAKAT ORANG ASLI
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN 14 Ogos 2024 – Dalam usaha melahirkan warga Universiti Sains Malaysia (USM) yang berdisiplin, tidak mudah putus asa, dan sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat, Persatuan Sains Makmal Perubatan USM (AMeLS) telah menganjurkan program ‘Eksplorasi Tasik Banding, Khidmat Masyarakat AMeLS’ di Tasik Banding, Gerik, Perak pada 8 hingga 10 Ogos lalu.
Program yang berlangsung selama tiga (3) hari itu antara lain bertujuan memupuk perasaan bertimbang rasa dan keprihatinan terhadap komuniti setempat di samping memupuk sikap kesukarelawan dalam kalangan staf.
Program yang disertai oleh 21 peserta terdiri daripada paramedik itu menjadi platform perkenalan antara staf pelbagai jawatan selain merehatkan minda bagi mengurangkan tekanan kerja.
Antara aktiviti yang dijalankan termasuk melawat perkampungan orang asli suku Jahai di Kampung Klewang, Tasik Temenggor, mendaki ke kawasan Air Terjun Sungai Kooi dan Air Terjun Sungai Ruoh, Sanctuary Ikan Kelah, serta berakit di sekitar tasik. Selain itu, peserta juga berpeluang menikmati keindahan alam semula jadi di Hutan Royal Belum yang merupakan hutan tertua di dunia.
Sumber Laporan & Foto: Norhana Md Arshad
- Created on .
- Hits: 197