Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

ENAM ASPEK UTAMA TUNJANG PERKASA TADBIR URUS PENTADBIRAN PTJ

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 9 September 2025 – Program Perjumpaan Pendaftar bersama Pegawai Tadbir dan Ketua Pentadbiran Pusat Tanggungjawab (PTJ) telah diadakan di Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini sebagai inisiatif memperkukuh urus tadbir pentadbiran dan penyelarasan dasar di peringkat PTJ.

1000175636

1000175652

Dalam perjumpaan tersebut, Pendaftar USM, Mohd Azizudin Mohd Shariff menekankan enam (6) aspek penting yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak dalam memastikan kelancaran dan keberkesanan pentadbiran, iaitu pengurusan dasar dan proses kerja, pengurusan disiplin, penyeliaan dan penilaian prestasi staf, penyampaian perkhidmatan, pengoptimuman penjawatan serta kesejahteraan staf.

1000175639

Enam (6) fokus utama ini merupakan teras kepada pengurusan pentadbiran universiti yang efisien, sekali gus menyumbang kepada pencapaian matlamat strategik universiti.

1000175644

Turut ditekankan bahawa kejayaan organisasi bergantung kepada kerjasama semua pihak dalam mengamalkan tadbir urus yang telus, berintegriti dan mesra warga.

1000175656

Selain sesi penerangan, program ini turut diselitkan dengan sesi soal jawab yang memberi ruang kepada pegawai tadbir dan ketua pentadbiran untuk mengemukakan isu serta permasalahan yang dihadapi di PTJ masing-masing. Sesi interaktif ini bukan sahaja membolehkan penjelasan terus diberikan, tetapi juga membuka peluang kepada perkongsian cadangan penambahbaikan.

1000175648

1000175660

Turut hadir ialah Timbalan Pendaftar Kanan, Kampus Kesihatan USM, Noor Hayati Mohammad dan Penyelaras, Pusat Transformasi Insan, Nurul Izzati Rozali.

Teks : Muhamad Iqbal Bashah Ahmad Basha Ruddin /Foto: Unit Fotografi UKAST

  • Created on .
  • Hits: 279