Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

FORUM TRANSFORMASI OKU: LAHIRKAN LEBIH RAMAI PERMATA YANG BERJAYA

KOTA BHARU, KELANTAN, 3 Disember 2022 - Unit Transformasi OKU, Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK), Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan telah menganjurkan Forum Transformasi Orang Kelainan Upaya (OKU) siri kedua bertemakan Dari Liabiliti Kepada Produktiviti: Permata Yang Diabaikan, hari ini.

SAVE 20221203 191531

SAVE 20221203 191641 
 
Forum yang mendapat suntikan dana menerusi Program Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Prihatin, Komuniti Sejahtera (KRIS), diadakan di Dewan Sri Tunjong, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan dan dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pendidikan Khas, JPN Kelantan, Haji Zulkafli Senik.
 
Bertepatan dengan sambutan Hari OKU Sedunia, penganjuran forum ini merupakan inisiatif untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang tanggungjawab bersama dalam memberi pengiktirafan kepada sumbangan OKU.
 
SAVE 20221203 191524
 
SAVE 20221203 191538
 
SAVE 20221203 191602
 
Antara tajuk-tajuk yang dibincangkan dalam forum kali ini ialah Transformasi OKU: Menggilap Potensi Bagi Membina Masa Depan, Kenali Kebolehpasaran MBPK, Transformasi OKU di Kelantan dari Perspektif Sukan dan Rekreasi, Istimewanya Gigi dan Peranan PERKESO: Sinar Baru untuk OKU Bangkit.
 
Selain itu, program ini juga menjadi platform perkongsian yang tepat dari segi pemindahan maklumat kepada masyarakat tentang OKU terutama daripada perspektif pemerkasaan OKU seperti latihan vokasional serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh organisasi luar. 
 
SAVE 20221203 191635
 
SAVE 20221203 191628
 
Ia dilihat mampu meningkatkan kualiti hidup OKU dengan mengurangkan penyisihan sosial, seterusnya mencapai integrasi mereka ke dalam masyarakat seperti yang disasarkan oleh ‘Sustainable Development Goal’ (SDG). 
 
SAVE 20221203 191615
 
Turut hadir dalam program ini ialah Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan, Said Sidup; Pengerusi Program Bioperubatan, PPSK USM, Profesor Madya Dr. Nurul Asma Abdullah mewakili Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan; Timbalan Pengarah, Sektor Pengurusan Sekolah, JPN Kelantan, Mohd Zin Halim; Penolong Pengarah Urus Setia Kebajikan Wanita Kelantan (UKeKWa), Tuan Azura Raja Ismail; Ketua Zon, Cawangan Sistem Insuran Pekerjaan Pertubuhan Keselamatan Sosial Negeri Kelantan (PERKESO), Muhammad Syahir Ammar Mohamed; Pengerusi Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya (PESRON) Kelantan, Jabatan Belia dan Sukan, Negeri Kelantan, Mahmood Deraman; Penyelaras, Pusat Transformasi OKU USM-MAIK merangkap Ketua Unit Transformasi OKU PPSK, Dr. Mohd Zulkifli Abd Rahim; Pegawai Pergigian, Perkhidmatan ‘Special Needs Dentistry’, Hospital USM, Dr. Fatimah Che Rahimi dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Program Forum Transformasi OKU, Dr. Nik Norliza Nik Hassan.
  • Created on .
  • Hits: 256