GELANGGANG FUTSAL DAIF BAKAL BERUBAH WAJAH
Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed bersama sekumpulan pelajar Kampus Kesihatan meninjau keadaan beberapa gelanggang futsal yang agak daif.

Prihatin terhadap gesaan siswa-siswi menerusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), pengurusan USM baru-baru ini telah meluluskan peruntukan untuk membaik pulih gelanggang-gelanggang terbabit bagi keselesaan pengguna khususnya para pelajar.
Keputusan universiti nyata menggembirakan siswa-siswi Kampus Kesihatan kerana mereka tidak perlu lagi menyewa gelanggang di luar kampus untuk bermain futsal.
- Created on .
- Hits: 188