Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

GENAP SETAHUN OPERASI, PESAKIT KE-100 PERKHIDMATAN LASER REFRAKTIF DIRAI

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 20 Jun 2023 – Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi Unit Pembangunan Korporat dan Jabatan Oftalmologi dan Sains Visual meraikan pesakit ke-100 yang menjalani prosedur pembedahan Laser Refraktif dalam satu majlis ringkas di Laser Refractive Lounge, Aras 2, Bangunan Trauma pada 18 Jun lalu.

WhatsApp Image 2023 08 23 at 08.42.10

WhatsApp Image 2023 08 23 at 08.42.10 2

Nurul Akma Mohd Razali, 38, tidak menyangka beliau merupakan pesakit ke-100 yang turut dirai sempena setahun pengoperasian Perkhidmatan Laser Refraktif, Hospital USM.

Laser Refraktif, Hospital USM adalah perkhidmatan yang ditawarkan kepada orang awam untuk merawat masalah mata rabun dengan kemudahan yang kondusif, servis yang berkualiti, staf yang berpengalaman dan harga yang kompetetif.

WhatsApp Image 2023 08 23 at 08.42.10 1

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan rawatan ini, anda boleh menempah slot saringan dengan menghubungi Klinik Laser Refraktif di talian 09-7674253 / 3096 atau melalui aplikasi ‘whatsapp’ ke nombor 019-4329698.

Sumber Laporan & Foto: Azizah Mohd Yasin

  • Created on .
  • Hits: 331