GLAM RAYA KAMPUS KESIHATAN SERLAH SEMANGAT KERJASAMA DALAM KALANGAN WARGA
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 14 Mei 2023 - Semangat serta kreativiti setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang menyedia, menghias serta menghidangkan menu raya kepada tetamu jelas menonjolkan semangat kerjasama dalam kalangan warga Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kampus Kesihatan 1444H/2023.


Semua warga universiti diingatkan untuk memupuk semangat kerjasama ini dan mempraktiskannya dalam rutin kerja seharian agar semua perancangan universiti dapat disokong dan digerakkan secara menyeluruh daripada semua lapisan staf ke mercu kejayaan, selaras dengan aspirasi USM APEX serta hala tuju pendidikan tinggi negara.


Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kampus Kesihatan tahun ini, pelbagai juadah dihidangkan oleh 14 teratak mewakili setiap PTJ di Kampus Kesihatan bertemakan ‘Glam Raya’.



Kira-kira 3,000 pengunjung terdiri daripada staf, pelajar, wakil agensi luar dan para penaja memeriahkan majlis yang bermula pada pukul 11.00 pagi hingga 2.00 petang.



Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed; Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin; Pengarah Hospital USM, Dato’ Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman serta barisan Pengurusan Kampus Kesihatan.
- Created on .
- Hits: 259