HASIL DAPATAN KAJIAN USM SUMBANG PENGHASILAN PRODUK OGAWA
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 12 Julai 2024 – Pensyarah dan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) berpeluang membentang dan membincangkan dapatan kajian terhadap penghasilan produk OGAWA (Healthy World Lifestyle Sdn Bhd) sempena Majlis Pelancaran OGAWA BIOVIS Kerusi Urut Teknologi Termaju Dikuasakan Sistem Kecerdasan Buatan (AI) Overseer di Pusat Beli Belah 1 Utama, Petaling Jaya, Selangor pada 4 Julai lalu.
Kerjasama antara USM dan OGAWA melalui geran penyelidikan yang dimeterai pada 31 disember 2019 sehingga sekarang bertujuan memajukan penyelidikan dan pembangunan teknologi yang berterusan untuk manfaat masyarakat.
Antara penyelidik yang berjaya memperoleh dana geran penyelidikan daripada OGAWA ialah Profesor Madya Dr. Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman dan Dr. Muhammad Rajaei Mohd Zain dari Pusat Pengajian Sains Perubatan serta Profesor Dr. Hairul Anuar Hashim dari Pusat Pengajian Sains Kesihatan.
Kerjasama penyelidikan antara universiti dan industri amat digalakkan bagi meningkatkan lagi proses perkongsian ilmu, teknologi dan sumber serta mewujudkan sinergi yang dinamik dan inovatif dalam menyokong pertumbuhan kemajuan teknologi kecerdasan buatan (AI) pada masa kini.
Sumber Laporan & Foto: Siti Waringin Oon
- Created on .
- Hits: 241