Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

HOSPITAL USM (A) JUARAI KARNIVAL BOLA SEPAK (VETERAN), PIALA PENGARAH HOSPITAL USM

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 14 Oktober 2023 - Pasukan Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM A) muncul juara Karnival Bola Sepak Veteran Piala Pengarah Hospital USM selepas mengalahkan pasukan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) dengan jaringan 1-0 dalam perlawanan akhir di Padang Kopa Arena, Kampus Kesihatan USM, hari ini.

IMG 20231014 WA0028

IMG 20231014 WA0024

Kejohanan ini merupakan salah satu pengisian sempena Sambutan 40 tahun Hospital USM.

IMG 20231014 WA0025

IMG 20231014 WA0027

Selaku juara, pasukan Hospital USM A membawa pulang Piala Iringan Pengarah Hospital USM selain medal dan hamper, manakala pasukan JKNK membawa pulang medal beserta hamper.

IMG 20231014 WA0021

IMG 20231014 WA0026

Penglibatan pelbagai agensi kerajaan dalam kejohanan ini diharap dapat mengeratkan hubungan silaturahim selain memupuk semangat kesukanan.

IMG 20231014 WA0022

IMG 20231014 WA0023

Karnival yang dianjurkan oleh Hospital USM ini turut disertai oleh empat (4) pasukan lain iaitu Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Pasukan Hospital USM (B), Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

IMG 20231014 WA0020

Hadir menyampaikan hadiah ialah Pengarah Hospital USM, Dato' Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman. Turut hadir ialah Timbalan Pengarah (Klinikal) Hospital USM, Profesor Dr. Zaidi Zakaria; Timbalan Pengarah (Operasi) Hospital USM, Profesor Dr. Mohd Imran Yusof; Timbalan Pengarah (Infrastruktur dan Aset) Hospital USM, Dr. Mohamed Ashraf Mohamed Daud dan Timbalan Pendaftar Kanan, Haji Mohd Saberi Mohd Yusoff.

  • Created on .
  • Hits: 395