Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

HOSPITAL USM BERI KHIDMAT SARINGAN KESIHATAN PERCUMA SEMPENA JAKM

KOTA BHARU, KELANTAN, 26 Julai 2022 – Dalam usaha menyokong Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) peringkat negeri Kelantan, pasukan petugas Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Prihatin, Komuniti Sejahtera (KRIS) Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) terus aktif turun padang dengan menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan secara percuma meliputi ujian glukos dalam darah, pemeriksaan tekanan darah dan konsultasi dalam penjagaan kesihatan yang diadakan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV pada 22 hingga 24 Julai lalu. 

SAVE 20220727 132346
 
Melalui program ini, para pengunjung  berkesempatan menjalani saringan pemeriksaan kesihatan awal serta mendapatkan nasihat pegawai perubatan yang bertugas berkenaan tahap kesihatan mereka. 
 
SAVE 20220727 132358
 
Program yang diterajui oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) bersama Kerajaan Negeri Kelantan, turut melibatkan 26 kementerian dengan pelbagai aktiviti pameran yang disediakan kepada pengunjung serta memberi peluang para peniaga menjual produk masing-masing bermula jam 9.00 pagi hingga 9.00 malam. 
 
SAVE 20220727 132329
 
SAVE 20220727 132336
 
Program ini juga telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob.
  • Created on .
  • Hits: 159