Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

HOSPITAL USM DAN PUSAT ISLAM UUM BERSATU HATI SANTUNI KOMUNITI BUKIT KAYU HITAM

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 9 November 2023 – Unit Pentadbiran dan Kemudahan Am serta Unit Klinikal, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) terus prihatin mendekati komuniti Bukit Kayu Hitam dalam usaha meningkatkan kesedaran penjagaan kesihatan dengan mengadakan program ‘Hospital USM Bersama Komuniti’ pada 4 November lalu.

a7d8e5de 26f7 4209 a2f7 d51953442237

Melalui suntikan dana Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Prihatin Madani, program dengan kerjasama Pusat Islam, Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Jawatankuasa Masjid Al-Muhajirin Bukit Kayu Hitam, Kedah ini bertujuan melakukan pengesanan awal kepada komuniti yang berisiko tinggi ‘Non Communicable Disease’ dan membuat rujukan segera ke fasiliti kesihatan berdekatan bagi mencegah atau mengurangkan komplikasi penyakit.

783f537f cf68 48ab 86ca a9809b1cb9e2

f2c17855 cf7f 4995 a99f 30aa5118d205

297c0dc5 e71c 41d0 9723 5282b8db4453

a353bba9 a65c 416f 81ec 07bc388fa5bd

Antara pengisian program tersebut ialah pemeriksaan saringan kesihatan, kemudahan rawatan pesakit luar, ceramah penjagaan kesihatan, pameran kesihatan, pertandingan mewarna kanak-kanak, klinik bacaan Al-Fatihah, kelas tajwid dan perlawanan bola sepak persahabatan. Seramai 204 orang penduduk sekitar menerima manfaat program ini.

Turut hadir ialah Pengarah, Pusat Islam UUM, Profesor Madya Dr. Mohamad Khadafi Hj. Rofie; Timbalan Pendaftar Kanan Hospital USM, Mohd Saberi Mohd Yusoff; Timbalan Bendahari, Jabatan Bendahari Kampus Kesihatan USM, Zamasari @ Zamahshari Abd. Ghani dan Timbalan Pengarah, Jabatan Keselamatan Kampus Kesihatan USM, Eady Othman.

  • Created on .
  • Hits: 287