Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

HOSPITAL USM RAI PETUGAS KAUNTER SARINGAN COVID-19

Kira-kira 100 orang warga kerja yang pernah bertugas secara sukarela di Kaunter Saringan dan Khidmat Pelanggan Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) sejak pandemik COVID-19 melanda negara bermula awal tahun 2020 diraikan dalam majlis makan tengah hari di sebuah restoran hidangan arab terkenal di Kubang Kerian, semalam.

9d72265b 5a1f 429c 8645 97ca19bb818c

6924ffed 6675 4a52 a4d7 e937c583fde9

0f9842cd 3745 42b3 9bae 0abe7f6938e7

2b005712 9ff8 4e35 9d2f eb679a649e6a

1299467a d2bd 47dc 9b7c d1e46449f552

f6e30698 89ef 4c79 8bfe 79c19d012977

38890b4a d5c8 4c20 9c6b 802f29574199

 

Keraian ini juga bersempena ulang tahun pertama Kaunter Saringan COVID-19 (KSC) Hospital USM.

Hadir menyantuni para petugas di majlis keraian ini ialah Pengarah Hospital USM, Profesor Dato' Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman, Timbalan Pengarah Klinikal, Profesor Madya Dr. Zaidi Zakaria, Timbalan Pengarah Infrastruktur dan Aset, Dr. Mohamed Asyraf Mohamed Daud, Mantan Pengarah Hospital USM, Profesor Dato' Dr. Ahmad Sukari Halim, Timbalan Pendaftar Kanan Hospital USM, Mohd Saberi Mohd Yusof, Ketua Perkhidmatan Pentadbiran dan Latihan, Unit Klinikal Hospital USM, Dr. Tengku Mastura Tengku Mohd, Penyelaras Klinik SRI- KRK, Dr. Nur Suhaila Idris, Pakar Penyakit Berjangkit Hospital USM, Dr. Alwi Muhd Besari @ Hashim dan Pengurus Operasi Pusat Media dan Perhubungan Awam, Amyrulhan Azhari.

  • Created on .
  • Hits: 173